Assalamualaikum semua!
Helloooo //sambil lambai// Selamat tahun baru! November haritu saya pasang niat nak update blog seminggu sekali. Tapi semua orang tahu Nadiera hanya mampu merancang, buatnya tidak pun. Maaf! Saya busy sangat sangat dengan assignments, quiz, presentation dan test. Saya sampai tak sempat pun tengok One piece episode baru tuuuuuu. Tapi takpa nanti saya tengok! Harini secara rasminya saya dah habis semester 5. Well walaupun ada lagi satu assignment kena hantar before 10 February nanti, tapi still lah, kelas dan quiz semua dah habis untuk semester ni. Jadi saya boleh mengarang blog dengan otak yang bebas dari tekanan.
Pertamanya saya nak update yang saya pasang Adsense dalam blog saya. Ya! Finally selepas 9 tahun saya blogging, saya baru pasang Adsense dekat laman saya 😆 Sebelum ni saya tak hiraukan sangat pun. Tapi saya cam, ah ruginya tak pasang sebab at least sehari dapat 20 sen pun okey lah hahahaha. Jadi kalau selepas ni hampa ada bukak blog saya lepastu nampak ada iklan dekat tepi tepi blog saya ni, hampa click lah. Dia cam konon hampa belanja saya 20 sen dengan setiap click 😆 Tapi kalau taknak click pun takpa, saya tak paksa hehe.
Next, jom sembang satu perkara yang saya alami sepanjang semester 5 ni. Mental health? Freerider? Nope. Saya taknak complain tentang itu semua. Cumanya, satu benda yang saya always hadap sepanjang berkumpulan untuk assignment adalah kerja cincai dari ahli group yang lain. Ya cincai.