Assalamualaikum semua, sihat? Panjang pulak tajuk saya letak. Sebelum apa-apa saya nak bagitahu entry kalini beremosi sedikit //mungkin banyak// Semenjak kes covid-19 ni semua pembelajaran atas talian, so agak sibuk, agak stress dan agak penat walaupun cuma kena hadap laptop ja. Ya hadap laptop satu benda yang orang lain rasa mudah, bukan kena kejar bas nak pergi kelas macam selalu. Tapi tahukah awak semua, kalini cabaran dia bukan lah kejar bas untuk ke kelas, tapi cabaran kalini kena kejar ahli kumpulan assignment yang mendiamkan diri. Sebenarnya bukan assignment ja yang kena siapkan, tapi ada beberapa tugasan yang lecturer bagi sebab semester ni bergantung 100% assessment.
Semester ni agak sakit sebab tak boleh nak bersemuka dengan ahli kumpulan. Nak minta assignment pun sampai kena call guna creadit yer! Saya stress. Saya ada beberapa kumpulan untuk subjek semester ni yang kurang bagi kerjasama. Bila saya bersuara dalam group, alasan yang saya dapat "internet saya slow", "eh sorryy saya sibuk sikit dekat rumah.", "weyh internet aku bukan laju macam kau yang duduk bandar, tolong ah ada common sense sikit." dan macam-macam lah sampai boleh bawak gaduh. Tapi chill, kita kena handle cara matang, biar diaorang cakap macam sampah dekat kita but kita stay cool kid gitu. Walaupun sakit hati rasa nak kunyah sorang demi sorang tapi fuhhh tarik nafas sis.
Funfact, saya kenal perkataan "free rider" pertama kali saya masuk universiti. Free rider ni seseorang yang dapat manfaat dari sesuatu yang dia langsung tak sumbang pun. Masa form6 dulu, ada je kerja berkumpulan, tapi takda pula saya jumpa free rider dalam kelompok kawan saya. Tapi bila masuk universiti ni, ya Allah, bersepah free rider dari yang rupa cantik, handsome sampai ke muka emm.. Tak kisah ah awak lawa ke hensem ke muka macam lee minho ka, once awak tu free rider dan tak berubah dari sem 1 sampai sem 7, awak tetap hodoh dimata saya. //geraaaaam..//
Sepanjang kena quarantine dekat UUM haritu, Liyana, Nurin dan Izzaat lah kawan-kawan saya yang turut stress bersama saya sebab kami satu kumpulan. Saya dengan Liyana ada 3 subjek yang sama kumpulan. Bayangkan lah kami berdua kena hadap groupmates yang macam... ya tuhaaaann... Tapi Liyana always sabarkan saya lah, yer Nadiera seorang yang tak penyabar. Awak bayangkan lah kalau kami berdua tanya sesuatu tentang tugasan berkumpulan dalam group, hanya kami berdua ja yang respond. Kalau saya tanya dalam group, Liyana, Nurin atau Izzaat yang akan reply, padahal kami berempat duduk sebelah-sebelah je, baik kami cakap berempat tanpa guna Whatsapp group 😤 Kalau tak reply waktu haritu ja takpa tau, ni sampai berminggu-minggu, sampai ada soalan baru timbul pun tetap tak terjawab pun soalan yang lepas. //ya Allah berikan aku kesabaran yang tinggi//
Saya pernah tanya dalam group baru-baru ni sama ada ahli kumpulan yang selalu diam ada masalah internet ke apa. Tiba-tiba eh saya pulak yang kena maki kononnya takda common sense pasal internet slow ni. Yer saya nak marah sebab sebelum kelas online start haritu, semua lecturer ada buat survey tentang pelajar yang ada masalah internet. Majoriti dalam kumpulan saya tu cakap semua takda masalah. Eh,eh,eh engko cakap macam pendatang asing tanpa izin yer. Kalau saya takda common sense saya dah hantar nama para penunggang percuma ni dekat lecturer tahu? Eeii bengang pulak saya. Kalau kelas online yang guna webex tu awak boleh join, kenapa chat dekat whatsapp tu tak boleh nak reply padahal tak kuat mana pun data untuk whatsapp tu. Guna basic internet pun lepas lah.
Dia fikir dia je ada masalah internet slow? Habis saya dan kawan-kawan saya ni guna internet dari Buraq yang laju dia sampai langit ketujuh lah? Come on lah, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya ada jugak groupmate yang jenis buat kerja atas angin ja. Apa yang dia buat cuma copy paste artikel dari google. Dia tak tengok dah artikel tu bahasa melayu ka bahasa indonesia ka, dia bantal semua. Lepastu semua perkataan indo ada dalam report. Habistu saya dan yang lain lah kena telan satu demi satu part tugasan tu untuk betulkan semula. Kalau tak betulkan nanti markah kurang. aku lelah ya Allah, selamatkan aku wahai ibu peri ðŸ˜
Saya ada bincang dah dengan kawan-kawan saya yang aktif tugasan berkumpulan ni untuk hantar nama budak-budak yang menunggang tu dekat lecturer sebab tak adil lah kami yang lain bersusah payah, bagi effort tinggi untuk siapkan tugasan tapi yang tak buat kerja dapat markah. Eh banyak cantik muka awak? Cuba bayangkan awak lagi satu langkah nak masuk syurga nanti tiba-tibe kena tarik kebelakang semula sebab selalu ambil kesempatan dekat orang sepanjang awak dekat dunia ni... hahhh baru lah waktu tu panas punggung nak cari balik semua orang yang awak buat salah.
Saya faham ada antara ahli kumpulan rasa macam "bila nak siap ni kalau asyik nak kena betulkan assignment ja.". Awak kena faham, markah assignment tu lecturer yang akan bagi. Kalau saya yang bagi markah, ah takdenya saya nak susah-susah sakiti mental saya untuk hadap kerenah awak semua. Awak nak markah tinggi kan? Nak lulus kan? Jadi ni je lah caranya nak dapat apa yang awak nak. Kalau betulkan assignment pun taknak, asyik bebal ja, lepastu demand nak markah tinggi, nak kena pukul kepala dengan aku ka siakkk?!
Takda dah nak cakap. Cumanya kepada kawan-kawan saya yang baca entry kalini, janji dengan saya jangan pernah bebankan orang lain okey? Kita berjaya sama-sama. Kalau tak tahu, tanya kawan-kawan yang tahu. Jangan malu nak bertanya walaupun soalan yang sama ja asyik ditanya, tak apa, kita hidup untuk belajar. Janji dengan saya, sesusah manapun tugasan yang awak dapat, jangan sesekali lepas tangan terutama bila tugasan tu melibatkan kumpulan. Jangan sesekali awak bebankan orang lain. okeeeeeeey 💜 Saya tak kisah sangat kena betulkan part orang lain sebab saya kejar markah saya dan saya nak tolong kawan-kawan saya yang tunjuk effort yang sama capai apa yang kami semua impikan, jadi awak yang lain perlu ada semangat yang sama, tau 💕
Kepada kawan-kawan saya yang selalu ada dengan saya, jatuh bangun sama-sama, Liyana, Nurin, Izzaat, Anis, senior-senior saya, kakak-kakak & abang-abang dan kawan-kawan form6 yang selalu bagi motivasi terima kasih sangat-sangat selalu cool down-kan saya. Thank you Li, Nurin, Izzaat & Anis selalu ada untuk aku waktu mood aku tengah swing, waktu aku tiba-tiba jadi hyper, waktu tiba-tiba moody dan sedih 💜 Sayang hampa semua! 💜
That's it. Itu je dulu untuk kali ni. Jumpa lagi nanti, stay safe everyone, xo 💕